Sunday 26 February 2023

9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Paling Best


InsyaAllah tak lama lagi akan ada blog mega shaklee 2.0 maka berduyun-duyun laa yang nak join kali ni. Memang rugi siapa yang taknak sertai coontest blog mega shaklee dan korang telah pun melepaskan satu peluang keemasan lagi sekali tau.

Sebelum masuk 9 sebab kenapa kena join blog mega shaklee 2.0 izinkan a'tiqah share pengalaman bisnes sebelum a'tiqah bersama shaklee. Sebelum ni pun a'tiqah pernah jugak ada pengalaman dalam bisnes tapi sangat berbeza bila a'tiqah join atau kenal dengan shaklee, orang kata vibe tak sama. A'tiqah tak cakap eh yang bisnes sebelum ni tak bagus, korang jangan buat andaian sendiri tau.

Kalau pengalaman sebelum ni memang best tapi apa nuha boleh kata memang tiada tandingan bersama shaklee. Siapa sangka bila join shaklee ni banyak sangat ilmu yang a'tiqah dapat belajar dan paling best sekali bila dapat belajar sedara direct dengan para doktor dan saintis malaysia. 

Teruja Dengan Bisnes Komuniti Shaklee ?

Dulu masa awal-awal sebelum join bisnes shaklee ni banyak kali jugak la a'tiqah fikir. Orang kata 'kau fikir masak-masak dulu dah ada bau kau bagi jawapan' haa gitu. Bukan la fikir apa pun cuma terfikirlah boleh ke 'aku ni berjaya hanya dengan jual suppliment saja' sedangkan dekat luar sana banyak aje la jenama lain boleh buat bisnes tapi kenapa shaklee jugak ?

Tapi bila dah kenal dengan semua team shaklee ni barulah la a'tiqah nampak sinar dimana, kalau kita bisnes suppliment pun boleh mendatangkan hasil malah kita dapat bantu orang dengan cara ikhtiar sihat menggunakan suppliment. A'tiqah diajar supaya tidak fokus dengan menjual sahaja tapi a'tiqah diajar supaya kita dapat bantu orang yang tidak berapa sihat dan yang dalam keadaan sihat masyaAllah. 

Dan sebenarnya a'tiqah baru tahu rupanya bisnes shaklee ni boleh diwariskan kepada ahli keluarga juga bila seseorang pengedar itu sudah tiada lagi. Kalau tak silap a'tiqah la kan, shaklee juga ada rekod tersendiri. Haa rekod apa tu ? Haaa kalau korang nak tahu semasa pendamik 3 tahun lepas bermula tahun 2020 sehingga tahun 2022 shaklee telah pun membayar bonus kepada semua pengedar sebanyak RM370 juta weh ! MasyaAllah shaklee hebat sungguh ! Selain tu jugak shaklee ni ada peminat yang setia dan sentiasa dapat repert order.

Haa excited tak baca ? Makin ecited tau a'tiqah nak buat shaklee dengan lebih bersungguh-sungguh lepas ni dan sepanjang a'tiqah join bisnes shaklee ni tak pernah pun terlintas dekat fikiran yang a'tiqah nak buat bisnes yang lain sebab shaklee memang dah strong dekat Malaysia.

9 Sebab Kenapa Nak Join Blog Mega Shaklee 2.0

1. Dapat kenal dengan kawan baru. Tak kisahlah dari group mana, siapa pun upline kita, depa ni memang tak lokek dengan ilmu. Sentiasa bagi extra tips macam mana nak growkan lagi bisnes a'tiqah.

2. Circle yang positif saling support each other walaupun kami ni semua tengah bersaiang semasa kami.

3. Terjalan satu networking bukan hanya dengan manusia sahaja tetapi dengan pencipta (Allah) juga.

4. A'tiqah ni seorang yang sangat introvert bila nak kenal dengan orang baru tapi dengan team shaklee Allah sangat mudahkan supaya nuha dapat bercakap, berkenalan dengan mereka walaupun a'tiqah baru jaaa first time jumpa depa semua.

5. Komuniti bisnes shaklee tak sama dengan komuniti yang sebelum ni nuha pernah join. Komuniti shaklee sentiasa ingatkan bila kita bisnes ni, kita bukan sekadar nak bisnes di dunia sahaja tetapi kita nak berjaya dalam bisnes di dunia dan akhirat.

6. Kami juga dapat belajar dengan cara yang lebih mendalam tentang ilmu perubatan menggunakan suppliment. Kami sangat ditekankan dengan ilmu yang besar dan sahir dari pakar dalam bidang tersebut dan kami juga dapat bimbingan secara direct melalui para doktor dan saintis seperti :
  • Dr Hafiz Sulaiman - isu gerd anxiety dan general health
  • Dr Haresh Kumar - isu diabetes jantung cancer dan isu kewanitaan
  • Prof Dr Redza Rahman - bidang perubatan menggunakan suppliment
7. Dapat pergi trip secara percuma setiap tahun bersama shaklee. 
  • Macam tahun lepas mereka dibawa bersama shaklee ke Switzerlan. Trip ni semuanya 100% shaklee yang bayar. Dah la dapat layanan seperti anak raja, dapat pula duit poket yang shaklee bagi lepas tu tak perlu fikir apa pun. Just ikut setiap flow yang shaklee dah aturkan dan enjoy saja percutian hampa.
8. Dapat belajar direct tentang dunia blog bersama Master Norita dan Master Salwa Zeyn. Mereka berdua sangat power dalam penghasilan blog malahan mereka juga dapat customer yang hadir hanya dengan membaca blog mereka sahaja dan boleh jana income yang sangat besar nilainya.

9. Bila makin ramai join blog mega shaklee, lebih mudah untuk kami bantu sesama kami dan kami juga dapat wujudkan wave yang sangat besar.

Kalau orang yang hebat dekat luar sana belum tentu nak ajar nuha untuk jadi seperti mereka tapi lain dengan team shaklee. Orang shaklee ni prinsip mereka 1 aje yang nuha perasan. Aku nak berjaya bukan seorang diri tapi aku nak ajak supaya lebih ramai orang berjaya dan menjadi kaya masyaAllah. Sebab dalam bisnes shaklee ni tiada ketetapan berapa orang boleh menjadi Master shaklee dan income bulanan pun tiada limit tau ! Pulunlah seberapa banyak yang korang nak buat setiap bulan dan shaklee memang akan bayar mengikut income setiap pengedar.

Best sangat bila adanya komuniti seperti shaklee lebih-lebih lagi adanya Projek Blog Mega Shaklee 2.0 tidak lama lagi. Jom a'tiqah nak ajak korang yang tengah baca sekarang ni untuk bersama dengan a'tiqah sertai blog mega shaklee 2.0 dan jana income bersama shaklee.


Bersama Dr Hafiz Sulaiman


Bersama Dr Haresh Kumar


Bersama Prof Dr Redza Rahman


Terima kasih sudi baca sampai habis. 

Nak tengok video berkaitan shaklee dan kelas bersama para doktor dan saintis boleh follow account a'tiqah dekat link dibawah :


- Pengedar Shaklee Melaka
- Dibimbing oleh doktor dan saintis

Thursday 23 February 2023

Blog Mega Shaklee : Projek Bisnes Online 2023


Siapa sangka daripada seorang yang tak berapa pandai mahir dalam menulis ayat terus boleh ayat dengan begitu baik. Awal bulan Februari 2023 Master Norita ada buat satu contest Blog Mega Shaklee dan paling tak sangka bila bilangan peserta sangat mendapat sambutan hampir melebihi 200 peserta. MasyaAllah sangat ramai ye.

A'tiqah dalam blog ni pun baru jaa join. Awal-awal nak hidupkan dan share tentang lifestyle a'tiqah saja. A'tiqah ingat lagi first tajuk masa tu a'tiqah join Nak Ubah Hidup 2023. Ada satu hari tu Master Salwa bagitahu yang Master Norita buat contest Blog Mega Shaklee and why not a'tiqah join sekali sebab dah alang-alang nuha nak menceburi dalam dunia blogger kan ? Sebab sebelum ni nuha buat share dekat social media berkaitan video saja tapi kali ni kita cuba benda baru yang tak pernah a'tiqah buat. Memang nuha takkan lepaskan peluang keemasan begitu saja.

Dulu masa awal-awal join shaklee tak pernah terfikir pun yang para master boleh dapat sale melalu blog sahaja. Memang a'tiqah tak percaya pun tapi itulah kenyataan daripada mereka para master.

Petolongan dari Allah melalui Mega Blog Shaklee 1.0

Sejujurnya a'tiqah tak percaya dengan diri sendiri. Boleh ke tulis blog ? Ada idea ke nak tulis blog ? Tapi alhamdulillah master sangat membantu dan bagi extra tips dekat semua peserta dan teknik macam mana nak menghasilkan sebuah blog. Biasalah jiwa muda sekarang banyak dalam penghasilan content melalui video tapi nuha tak berapa minat untuk tonjolkan diri dekat media social jadi sebab tu la nuha join projek mega blog shaklee.

Alhamdulillah sedikit sebanyak Allah bantu a'tiqah melalui para master yang sangat superb ! Selalunya bila kita nakkan sesuatu mesti kita buat dan mintak bersungguh-sungguh supaya Allah mudahkan urusan kita. Allah pasti akan bantu kita mengikut kemampuan hamba-nya. Jalan yang kita lalui memang tak senang dan mudah tapi dengan ada-nya bantu Allah semuanya menajadi mudah dan lancar.

Apa task atau tugasan yang diberi untuk kami ?

Selama 2 minggu berlangsung projek mega blog shaklee kami hanya diberikan 2 task sahaja iaitu :


Mudah dan sangat simple. Para master sangat memudahakan setiap task untuk kami.

Apa yang a'tiqah dapat sepanjang berada dalam contest mega blog shaklee ?

  • a'tiqah dapat belajar sesuatu yang tak pernah terfikir dalam penulisan blog.
  • Semua peserta sangat support each other walaupun kami semua bersaiang antara kami.
  • a'tiqah dapat memantapkan lagi dalam penghasilan copywriting 
  • Paling best bila semua peserta saling bagi tips dan tak lokek dengan ilmu yang mereka ada.
Betul ke total hadiah Projek Mega Blog Shaklee bernilai RM30K ?

Selalunya bila ada contest mestilah ada hadiah kan ? Hadiah tu syarat jaa supaya semua peserta lagi bersemangat nak buat dengan bersungguh-sungguh bagi kami selesaikan task yang diberi. Hadiah yang disediakan oleh Master Norita sangat exclusive. Hadiah tersebut adalah :
  • Vivix
  • Collagen
  • Nutriferon
  • Saguhati
Dan paling tak sangka a'tiqah menang vivix ! Masyaallah Tabarakallah Alhamdulillah. Thankyou Allah, thankyou para master. Ya Allah memang tak sangka yang a'tiqah akan menang vivix. Tak sia-sia ye a'tiqah bersengkang mata sampai 2 ke 3 pagi semata-mata untuk menghasilkan 2 task yang diberikan.



Blog Mega Shaklee 2.0


InsyaAllah tak lama akan ada pula sambungan Mega Blog Shaklee 2.0 pula dan nuha tak sabar sangat nak join version 2.0 . Moga Allah pilih a'tiqah lagi sekali untuk sama-sama berada dalam Projek Mega Blog Shaklee 2.0 yang akan datang dan moga Allah mudahkan segala urusan kami semua. Aamiin 

Bila makin ramai yang turut serta dalam projek mega blog shaklee 2.0  maka lebih besar la wave yang terhasil. A'tiqah dengar cerita sekarang ni pun dah ramai yang nak sertai mega blog shaklee 2.0 . MasyaAllah haaza min fadli robbi.

Jom a'tiqah nak ajak korang semua untuk sertai Projek Mega Blog 2.0 dan jana income bersama shaklee. 

Thankyou guyss sudi baca entry a'tiqah sampai habis.

Nak video berkaitan product shaklee ? Jemputlah follow semua media social a'tiqah :

Jangan lupa untuk follow dan like serta on notification agar tak terlepas video menarik

A'tiqah Nuha 

- Pengedar Shaklee Melaka
- Dibimbing oleh saintis dan doktor perubatan


#blogmegashaklee 
#shakleethrive2023 
#shakleetriumph2023 

Monday 13 February 2023

Lets Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

 


Setiap orang mesti nak kurus betul tak ? Tipulah kalau tak pernah terdekit dekat hati kita yang kita memang nak jugak kurus tapi macam mana kita nak kurus ? Dah cuba dengan pelbagai cara tapi perubahan yang dapat tu tak kekal lama. Jangan risau dekat sini A'tiqah nak share tentang Set Kurus Shaklee dengan korang semua.

Kalau nak kurus mestilah kita nak kurus dengan cara yang sihat, yang dapat segarkan badan kita supaya kita tak kelihatan letih saja. Dalam set kurus shaklee ada 3B yang sangat penting dapat membantu anda agar mencapai berat badan yang diinginkan secara sihat iaitu bakar,buang dan bina.

Apa itu 3B dengan lebih secara terperinci dalam set kurus shaklee ? Mari kita tengok sama-sama. 3B dalam set kurus shaklee ialah :

- Bakar lemak : Lecithin/Omega

- Buang lemak : Herblax

- Bina otot : Cinch 

Dekat sini A'tiqah akan terangkan bagaimana set kurus shaklee ini dapat membantu anda yang ingin turunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat.

1. Set Kurus Shaklee : Bakar Lemak 

Lecithin :

  • Membantu memecahkan lemak supaya mudah dibawa keluar dari tubuh
  • Membantu penyerapan vitamin larut lemak dengan lebih baik
  • Membantu menghalang pembentukan lemak baru dari makanan yang baru diambil
Omega :
  • Mengawal selera makan dengan menghasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan
  • Membantu dalam pembakaran lemak yang tidak diperlukan dalam badan
  • Menurunkan paras kolestrol
2. Set Kurus Shaklee : Buang Lemak (detox)

Herblax :
  • Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan
  • Merangsang tindakan pembersihan pada usus dan perut
  • Percepatkan proses detoksifikasi
3. Set Kurus Shaklee : Bina Otot

Cinch :
  • Terdapat leucine yang membantu mengekalkan oto semasa penurunan berat badan
  • Meningkatkan tenaga supaya anda leboh aktif melakukan aktiviti fizikal harian
  • Kekalkan kekuatan otot supaya lemak mudah dibakar
Dalam shaklee terdapat kesemua yang 3B seperti diatas atau lebih dikenali sebagai 'Hello New You'. Hello new you ni adalah set kurus shaklee.

Hello New You


Anda juga boleh gabungkan set kurus shaklee ini dengan membuat Intermittent Fasting. IF adalah sejenis diet yang anda sendiri menyusun jadual pemakanan seharian anda. Berkaitan dengan artikel IF, anda boleh baca dengan lebih lanjut di cara diet yang betul dalam intermittent fasting



A'tiqah juga cadangkan agar anda juga mengambil vivix bagi membantu turunkan berat badan. Ramai tau yang dah berjaya turunkan berat badan dengan ambil vivix cuma anda perlu pengambilan secara konsisten. Apa bahan-bahan yang digunakan dalam vivix ? Dalam vivix mengandungi bahan seperti Polygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, Purple Carrot dan European Elderberry. 
Macam mana vivix bertindak dalam membantu untuk kurus ? Terdapat beberapa cara vivix untuk turunkan berat badan.

1. Resveratrol membantu mempercepatkan kadar metabolisme badan.
- Kalau metabolisme mula badan kita tinggi, ini akan menggalakan penurunan berat badan dengan cepat. Bila metabolisme mula dijalankan dengan optimum maka badan akan membakar leboh banyak kalori lagi cepat anda capai berat yang ideal.

2. Membantu memecahkan lemak dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga.
- Vivix akan memusnahkan sel-sel lemak dalam tubuh badan kita dengan cepat  secara semulajadi dan ditukarkan kepada tenaga.

3. Menghalang kenaikan paras hormon estrogen yang menyimpan lemak.
- Hormon estrogen yang tinggi akan menyimpan lemak badan yang berlebihan.

4. Polifenol juga dapat mengawal kadar craving kita kepada sesuatu makanan yang ingin kita makan.

Jadi kalau nak kurus memang nuha cadangkan agar anda semua tambah vivix dalam set kurus shaklee

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh dapatkan dari artikel Set Kurus Shaklee dan Vivix. Mudahan ianya dapat juga dapat membantu anda bagi menurunkan berat badan dengan ideal. 

Wednesday 8 February 2023

Apa Itu Intermittent Fasting Dan Cara Diet IF

 Pernah tak korang dengar tentang Intermittent Fasting bagi siapa yang nak kuruskan badan ? Sebenarnya banyak cara untuk kita kuruskan badan salah satu korang boleh buat diet IF. Intermittent Fasting adalah sejenis diet yang menyusun jadual pemakanan kita yang bergilir-gilir mengikut waktu kita makan dan waktu kita berpuasa. Kalau diet yang lain hanya fokus tentang apa yang kita makan sahaja tetapi berbeza dengan intermittent fasting pulak lebih fokus bila kita akan makan. Senang cerita macam kita berpuasa hanya ada waktu tertentu sahaja yang kita boleh makan. Kita last makan bila dan bila kita akan makan semula. Bila kita berpuasa hanya dalam beberapa jam dan dapat mengurangkan kekerapan waktu makan secara berulang maka dapat membantu tubuh badan kita membakar lemak dengan lebih cepat.

Sebenarnya terdapat beberapa kaedah atau cara bila kita melakukan intermittent fasting yang boleh kita amalkan. Pemilihan cara intermittent fasting bergantung mengikut kemampuan dan keselesaan individu untuk melakukannya. A'tiqah nak share dengan korang semua beberapa jenis intermittent fasting.

  • Cara Diet Intermittent Fasting 1 : Overnight Fasting
- Overnight fasting ni hampir sama dengan kaedah yang kita biasa gunakan sewaktu berpuasa pada bulan ramadan. Anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari. Kaedah overnight fasting sangat sesuai bagi siapa yang baru nak berjinak-jinak dalam IF. Biasanya kaedah ni dilakukan pada waktu sebelah malam.

  • Cara Diet Intermittent Fasting 2 : Whole Day Fasting
- Whole day fasting yang bermaksud anda akan berpuasa selama seharian iaitu selama 24 jam. Kalau anda bermula pada jam 8 pagi hari ini bermaksud anda hanya boleh berbuka atau anda makan semula pada jam 8 pagi keesokkan hari. Cara ni agak susah sebenarnya atau sukar untuk anda lakukan tetapi ianya tidak menjadi mustahil jika anda boleh melakukan.

  • Cara Diet Intermittent Fasting 3 : Skipping Meals Fasting
- Skipping meals fasting bermaksud anda berpuasa dengan cara melangkau waktu makan anda. Contohnya kalau sebelum ni waktu makan anda sebanyak lima waktu makan setiap hari maka anda akan skip beberapa waktu makan tersebut dalam seharian anda. Dengan cara ni ianya dapat mengurangkan kekerapan untuk anda makan berulang kali dalam masa seharian anda menjadi semakin berkurang.

  • Cara Diet Intermittent Fasting 4 : Choose Your Day Fasting
- Choose your day fasting membolehkan untuk anda berpuasa pada hari dan waktu mengikut kemahuan anda. Anda juga tidak perlu mengikut peraturan tertentu jika anda melakukan dengan kaedah ini. Ianya 100% mengikut kemampuan dan kehendak bagaimana anda ingin berpuasa.

Tidak ada menu intermittent fasting yang khusus tetapi individu yang melakukan diet IF disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Juga jangan lupa supaya anda juga melakukan beberapa aktiviti seperti bersenam,bersukan atau apa jua aktiviti melibatkan fizikal yang lain agar diri anda kekal sihat dan cergas sepanjang anda melalu intermittent fasting supaya anda tidak terasa lemah,lemau ataupun tak bersemangat dalam melakukan IF.


Untuk rujukan lain mengenai IF anda juga boleh dapatkan dari artikel intermittent fasting ini. Mudah-mudahan dengan cara ini dapat membantu anda semua yang baru sahaja nak berjinak untuk melakukan IF dengan cara yang betul.


Monday 6 February 2023

Best Ke Nak Ubah Hidup 2023 ?

Best giler ! Serious tak tipu semorang. Mula2 aku ingatkan macam seminar biasa aje tapi RichWorks buat yang sangat luar biasa ! Itu la orang kata lain kali jangan judge tanpa usul periksa .

Dah la aku pergi sorang diri lepas tu kau tu pulak jenis yang introvert, kau rasa kau boleh ke berdepan dengan puluhan ribu umat ? Nak taknak kena la teruskan kehidupan ceehhwahh kemain ayat tapi demi ilmu aku sanggup hadir ke NUH 2023 . Aku bertolak dari Melaka pukul 4.30 pagi sampai Setia Alam dalam pukul 6.50 pagi macam tu la. Lepas tu aku terus pergi daftar (sebelum keluar kereta dah rasa cemas sebab ramai sangat manusia). Masa aku daftar tu kena pakai gelang tiket (ala yang macam pergi masuk waterpark tu). Masa tengah beratur sementara tunggu pintu dewan bukak, masa ni boleh pulak aku pergi pandang orang sekeliling haa amik kau cepat2 aku selawat أللهم صل على سيدنا محمد sebab aku dah cemas sangat dengan orang pandang aku balik masa ni. Soalan, pelik sangat ke tengok orang introvert ni ?

Tak lama lepas tu pintu dewan pun bukak. Haa masa ni aku pelik dalam hati aku cakap 'apahal semua berlari ni kan banyak kerusi' haa gitu and cuba teka apa jadi ? AKU PUN FOLLOW DORANG BERLARI HAHAHA ! Yela dah kau first time lepas tu blur katak tak tahu nak buat apa, ikut aje la orang depan kau 😂 Bila MC nak keluar team media play lagu lepas tu semua peserta pun bangun and terus diri atas kerusi. Aku pun macam 'ehhh' macam biasa la aku pun join lagi sekali 😂 Memang kerja aku ni follow orang aje ke ? 

Okay la lepas dah diri atas kerusi tu kau horeyy horeyy bagai apa semua tiba la masa untuk Dato Wira Dr Azizan Osman take over untuk bagi ilmu pada semua peserta. Bila dah mula talk tiba2 Datuk Azizan suruh semua pejam and bayangkan apa yang dia tengah cakap. Pejam mata tu jangan kau tidur pulak, kau bayangkan apa ada kau hadapi selama ni & kenapa kau ada dekat NUH 2023 ? Haa apa lagi tiba la mood sedih. Bila dah mood sedih memang semua peserta menangis la tak kira lelaki atau perempuan, ada yang menjerit sekuat hati sebab dekat situ tak ada siapa marah bila kau jerit sekuat yang mampu tpi jangan la sampai hilang anak tekak sudah. Nak pendekkan cerita tamat lah sesi 1 dan sesi 2.

Sesi ke 3 belah mana pulak sesi bersama para2 peserta yang dah buat berjuta2 sale ! Pehh dorang ni memang kaw kaw ubah kehidupan dorang semua. Sesi 3 jangkaan habis pukul 11.00 malam tpi terlajak sikit sampai pukul 11.30 kalau tak silap. Maka dah selesai la Hari Pertama bersama NUH 2023 .

Sampai sini jaaa dulu nanti kita sambung part 2 pulak . Love youuu 😘

Blog Baru Weh

 Assalamualaikum heyyy semorang 😍

Pehh dah ada blog sekarang ni macam tak percaya pulak aku dah main blog sekarang. Okay nak share topik apa eh?

Haaa sebenarnya petang tadi baru habis NUH 2023 (Nak Ubah Hidup) bersama speaker yang sangat masyaallah tabarakallah sangat humble tak lain tak bukan mestilah Datuk Wira Dr Azizan Osman. Wehh seriously memang superb energy sepanjang kelas dengan Datuk Azizan Osman.

Memang kena la dengan diri aku ni yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Memang pembukaan yang terbaik untuk aku.

Haaa okay la ni setakat ni dulu la ye. Al maklum la baru join dunia blogger ni. More story to share. 

Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia

  Korang tahu tak sebenarnya Shaklee telah dinobatkan sebagai Malaysia’s Trusted Brand Award pada tahun 2022 ataupun lebih dikenali sebagai ...