Wednesday 8 February 2023

Apa Itu Intermittent Fasting Dan Cara Diet IF

 Pernah tak korang dengar tentang Intermittent Fasting bagi siapa yang nak kuruskan badan ? Sebenarnya banyak cara untuk kita kuruskan badan salah satu korang boleh buat diet IF. Intermittent Fasting adalah sejenis diet yang menyusun jadual pemakanan kita yang bergilir-gilir mengikut waktu kita makan dan waktu kita berpuasa. Kalau diet yang lain hanya fokus tentang apa yang kita makan sahaja tetapi berbeza dengan intermittent fasting pulak lebih fokus bila kita akan makan. Senang cerita macam kita berpuasa hanya ada waktu tertentu sahaja yang kita boleh makan. Kita last makan bila dan bila kita akan makan semula. Bila kita berpuasa hanya dalam beberapa jam dan dapat mengurangkan kekerapan waktu makan secara berulang maka dapat membantu tubuh badan kita membakar lemak dengan lebih cepat.

Sebenarnya terdapat beberapa kaedah atau cara bila kita melakukan intermittent fasting yang boleh kita amalkan. Pemilihan cara intermittent fasting bergantung mengikut kemampuan dan keselesaan individu untuk melakukannya. A'tiqah nak share dengan korang semua beberapa jenis intermittent fasting.

  • Cara Diet Intermittent Fasting 1 : Overnight Fasting
- Overnight fasting ni hampir sama dengan kaedah yang kita biasa gunakan sewaktu berpuasa pada bulan ramadan. Anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari. Kaedah overnight fasting sangat sesuai bagi siapa yang baru nak berjinak-jinak dalam IF. Biasanya kaedah ni dilakukan pada waktu sebelah malam.

  • Cara Diet Intermittent Fasting 2 : Whole Day Fasting
- Whole day fasting yang bermaksud anda akan berpuasa selama seharian iaitu selama 24 jam. Kalau anda bermula pada jam 8 pagi hari ini bermaksud anda hanya boleh berbuka atau anda makan semula pada jam 8 pagi keesokkan hari. Cara ni agak susah sebenarnya atau sukar untuk anda lakukan tetapi ianya tidak menjadi mustahil jika anda boleh melakukan.

  • Cara Diet Intermittent Fasting 3 : Skipping Meals Fasting
- Skipping meals fasting bermaksud anda berpuasa dengan cara melangkau waktu makan anda. Contohnya kalau sebelum ni waktu makan anda sebanyak lima waktu makan setiap hari maka anda akan skip beberapa waktu makan tersebut dalam seharian anda. Dengan cara ni ianya dapat mengurangkan kekerapan untuk anda makan berulang kali dalam masa seharian anda menjadi semakin berkurang.

  • Cara Diet Intermittent Fasting 4 : Choose Your Day Fasting
- Choose your day fasting membolehkan untuk anda berpuasa pada hari dan waktu mengikut kemahuan anda. Anda juga tidak perlu mengikut peraturan tertentu jika anda melakukan dengan kaedah ini. Ianya 100% mengikut kemampuan dan kehendak bagaimana anda ingin berpuasa.

Tidak ada menu intermittent fasting yang khusus tetapi individu yang melakukan diet IF disarankan untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Juga jangan lupa supaya anda juga melakukan beberapa aktiviti seperti bersenam,bersukan atau apa jua aktiviti melibatkan fizikal yang lain agar diri anda kekal sihat dan cergas sepanjang anda melalu intermittent fasting supaya anda tidak terasa lemah,lemau ataupun tak bersemangat dalam melakukan IF.


Untuk rujukan lain mengenai IF anda juga boleh dapatkan dari artikel intermittent fasting ini. Mudah-mudahan dengan cara ini dapat membantu anda semua yang baru sahaja nak berjinak untuk melakukan IF dengan cara yang betul.


No comments:

Post a Comment

Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia

  Korang tahu tak sebenarnya Shaklee telah dinobatkan sebagai Malaysia’s Trusted Brand Award pada tahun 2022 ataupun lebih dikenali sebagai ...